Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Wednesday, July 8, 2009

lagi2 PPSMI

Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin


PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat berdasarkan pertimbangan objektif dan bukannya politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu.

"Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manik Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan pemansuhan itu di Kementerian Pelajaran di sini.


Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda.

Beliau berkata walaupun kerajaan sedar mengenai kelemahan pelajaran dalam menguasai bahasa Inggeris di peringkat awal PPSMI, dasar itu hanya ditukar sekarang selepas selesai pusingan enam tahun pelaksanaannya. -

Bernama

http://www.bharian.com.my

PPSMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...ISU PPSMI ini sudah lama diperdebatkan pihak2 tertentu..ada baik ada buruknya!!...Sejauh mana desas desus PPSMI ini akan dimansuhkan? Keputusan akan diketahui sedikit masa sahaja lagi...kita tunggu dan lihat..

Hahah..berkareh blaja Science dalam English eh..tapi bila nak mula balit dalam BM agak payah sedikit..walaupun dahulunya kita dah didedahkan dengan pembelajaran dalam Bahasa Melayu...we're now, back to basic..hehe kan kan..??

PPSMI bukanlah isu yang baru, cuping telinga kita sendiri dah bertalu-talu dihangatkan dengan isu tersebut..namun, kita sama-sama tunggu keputusan daripada pihak berwajib berkaitan dengan isu PPSMI ini.. ok!!... sabar jak lah..

YEAH!! Here the result for PPSMI --- Di mansuhkan pada tahun 2012..wargh!! masa kita kuar posting kelak geng!!..



posted by Ied