Thursday, July 9, 2009
SAYANGI DIRI
Jus oren hakis gigi
Jus buah-buahan seperti oren, epal dan anggur juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan.
TIDAK cukup dipanggil sarapan pagi jika ia hanya segelas jus oren, kata para penyelidik gigi.
Sesetengah jus sangat berasid sehingga boleh memberi kesan pada gigi. Malah sesetengah makanan juga boleh menyebabkan kerosakan sehingga 84 peratus enamel gigi.
Dr. Yan-Fang Ren dari Institut Eastmen untuk Kesihatan Oral, Amerika Syarikat mengatakan pekatan asid di dalam jus oren mampu menyebabkan penghakisan gigi yang teruk.
Ren dan kumpulan penyelidiknya bersetuju dengan kesimpulan itu setelah membuat kajian ke atas produk pemutihan gigi yang terdapat di kaunter-kaunter farmasi.
Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa seperti yang dijangkakan sebelum ini, kuantiti hidrogen peroksida adalah sangat minimum jika dibandingkan dengan kuantiti asid sitrik yang selalu dijumpai di dalam buah oren.
Jus oren dikatakan mengakibatkan permukaan enamel gigi menjadi kasar. Pengkaji-pengkaji buat pertama kalinya menggunakan mikroskop vertikal untuk melihat permukaan gigi tersebut secara jelas.
Kajian turut mengesahkan bahawa jus buah dan minuman karbonat boleh menyebabkan pengurangan kekuatan enamel dan pembentukan plak gigi. Doktor gigi menyarankan minum minuman tersebut dengan menggunakan straw atau hanya ketika makan.
Kesan kerosakan gigi daripada minuman tersebut juga adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan. Ren turut mengatakan kebanyakan minuman jus dan soda adalah bersifat asidik.
"Kajian kami menunjukkan bahawa jus oren contohnya, berpotensi menyebabkan kerosakan gigi yang sangat serius. Ia adalah satu masalah kronik bagi mereka yang gemar mengamalkan pengambilan jus berkarbonat setiap hari.
"Kami masih belum berjaya menemui kaedah untuk menghalang penghakisan gigi. Namun, pengambilan fluorida boleh memperlahankan proses tersebut. Ini termasuk mendapatkan minuman bertenaga."
Katanya lagi, lebih lama gigi diberikan minuman berasid, lebih banyak kerosakan yang akan terjadi. Bagi yang minum minuman secara perlahan lebih daripada 20 minit adalah berpotensi mendapat kerosakan gigi berbanding orang yang menghabiskan minuman mereka dengan cepat.
Malah, menurutnya adalah penting untuk mengekalkan kebersihan mulut dengan mengamalkan sikap memberus gigi sebanyak dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
Kajian terbaru turut membuktikan bahawa minum jus buah-buahan boleh mengurangkan secara mendadak keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat kanser, masalah jantung dan darah tinggi.
Jus buah-buahan seperti oren, epal dan anggur berupaya mengurangkan keberkesanan sesetengah ubat antibiotik dan pil-pil demam.
Adalah diandaikan bahawa minuman tersebut menghalang ubat-ubatan daripada memasuki aliran darah selain menghalang sistem tindakan ubat tersebut.
Ini boleh membawa padah. Para pengkaji menasihatkan kita supaya lebih kerap minum air kosong ketika mengambil ubat.
http://www.kosmo.com.my
Wednesday, July 8, 2009
..Bintang baru..

Madrid, 8 Julai 2009; Juara Eropah 2008/09, Barcelona FC mengambil langkah drastik dalam usaha memperkuatkan lagi barisan serangan apabila membawa masuk bintang muda baru dari Malaysia iaitu Lionel Apai, 21. Pemain berharga 100 juta pound merupakan pemain termahal dunia yang telah memecahkan rekod perpindahan pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo ke Real Madrid iaitu 80 juta pound. Perpindahan ini merupakan satu kebanggan kepada Malaysia dan juga Bubukzz FC. Ini merupakan 1 fenomena kepada bola sepak negara dan juga seluruh dunia. Lionel Apai bakal di kenalkan kepada peminatnya di Nou Camp pada minggu hadapan.
Mengimbau Semester-Semester Lepas!
Barisan depan dari kanan (Tom, Dato'S, Udin, Teah, cPai, KJ)
Barisan tengah dari kanan (Ela, Rina, Anie, Nela, Bya)
Barisan belakang dari kanan (Kiki, Ied, Lim, Bebet, Achai)
Azif dimana??
posted by Ied
lagi2 PPSMI
Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin
PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat berdasarkan pertimbangan objektif dan bukannya politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu.
"Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manik Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan pemansuhan itu di Kementerian Pelajaran di sini.
Beliau berkata walaupun kerajaan sedar mengenai kelemahan pelajaran dalam menguasai bahasa Inggeris di peringkat awal PPSMI, dasar itu hanya ditukar sekarang selepas selesai pusingan enam tahun pelaksanaannya. -
Bernama
http://www.bharian.com.my
PPSMI
Hahah..berkareh blaja Science dalam English eh..tapi bila nak mula balit dalam BM agak payah sedikit..walaupun dahulunya kita dah didedahkan dengan pembelajaran dalam Bahasa Melayu...we're now, back to basic..hehe kan kan..??
PPSMI bukanlah isu yang baru, cuping telinga kita sendiri dah bertalu-talu dihangatkan dengan isu tersebut..namun, kita sama-sama tunggu keputusan daripada pihak berwajib berkaitan dengan isu PPSMI ini.. ok!!... sabar jak lah..
YEAH!! Here the result for PPSMI --- Di mansuhkan pada tahun 2012..wargh!! masa kita kuar posting kelak geng!!..
posted by Ied
Tuesday, July 7, 2009
SAYANGNYA!!

Sebuah kereta mewah
Lamborghini RM744,791 terbakar!!
Menurut sebuah akhbar semalam, dua lelaki dilihat keluar dari kereta itu bagi mencari alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran dan menghubungi talian kecemasan 999.
Anggota-anggota bomba tiba di tempat kejadian yang berlaku dekat sebuah kelab malam di Peterborough pada pukul 8 malam waktu tempatan.
Ketika itu ramai orang melihat kereta itu terbakar sebelum anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.
Menurut Pengerusi Kelab Lamborghini United Kingdom, terdapat antara 5,000 hingga 6,000 buah model itu di seluruh dunia dan 40 di Britain. - Agensi
(petikan www.kosmo.com.my)
...DUSH!! AKU X NAMPAK!!...
Banyak kerja terbengkalai!!..semua rata-rata mengeluh dengan kejadian ini. Semuanya memberikan tanggapan masing-masing melalui perspektif individu tersebut. Huh!! Ada juak Udin jadi mangs gosip!! haha sabar jaklah Din.."Udin x byr bil api!!" haha nang ada macam ya..kelakarlah.. So, ambil ikhtibar daripada kejadian ini. Jimatkanlah penggunaan elektrik k..Bumi pun nak rehat.. Let us live in a peaceful world!

Beringat ya kawan-kawan.. renungilah gambar di atas ini.. gambar ini diambil dari website google "no electricity in Gaza strip" ...
posted by Ied
PESTA DRAMA PIALA KETUA MENTERI 2009
"SOKONGAN SELURUH WARGA IPGM KTAR AMATLAH DIHARAPKAN"
posted by IED
Monday, July 6, 2009
satu antara beribu...

