Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Wednesday, July 22, 2009

Perayaan 40 tahun pendaratan manusia ke Bulan


"Empat puluh tahun lalu, dua orang astronot melakukan pendaratan di Bulan," kata Product Manager Google Earth, Michael Weiss-Malik, seperti dikutip dari AFP, Selasa (21/7/2009).


Empat puluh tahun dulu, manusia pada kali pertama meninggalkan rumah kita iaitu bumi dan meneroka ke bulan.

Daripada tahun 1968 hingga 1972, angkasawan-angkasawan Apollo daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa lepas Kebangsaan Amerika (NASA) menguji kapal angkasa yang baru dan menuju ke Bulan.

Semua ini bermula pada 25 Mei 1961, apabila Presiden John F. Kennedy mengumumkan tujuan menghantar angkasawan ke bulan sebelum penghujung dekad tersebut.

Selepas tiga minggu Angkasawan Mercury yang bernama Alan Shepard menjadi warga Amerika yang pertama di angkasa lepas, Kennedy telah mencabar kepada negara untuk menghantar angkasawan ke bulan.

Setelah lapan tahun, ribuan warga Amerika bertungkus-lumus dan telah membuahkan hasil iaitu pada 20 Julai 1969, apabila Komander Apollo 11 yang bernama Neil Armstrong telah melangkah keluar daripada Modul Bulan dan membawa langkah yang kecil di lautan Transquility, yang dipanggil satu loncatan yang besar untuk manusia

Enam misi ---Apollo Program 11, 12, 14, 15, 16 dan 17 -telah mendarat ke Bulan, mengkaji mekanik tanah, meteroid, gempa Bumi, aliran haba, julat Bulan, medan magnet dan angin suria.

Kapal Angkasa Apollo 7 dan 9 telah diuji di orbit bumi; Apollo 10 pula mengorbit bulan untuk latihan pendaratan pertama ke bulan.

Tangki oksigen untuk Apollo 13 telah meletup dan menghalang pendaratan ke bulan, tetapi dengan kaedah can-do masalah telah diselesaikan oleh kru dan misi kawalan ini digelar sebagai successful failure.

Kapal Angkasa Apollo terdiri daripada tiga bahagian: Modul Perintah yang mana kru angkasawan makan dan tidur dalam perjalanan ke Bulan dan balik ke Bumi; Modul Perkhidmatan pula membekalkan elektrik, mengolah gerakan kuasa dan menolak balik ke bumi daripada orbit bulan dan membekalkan air ke kapal angkasa; Modul bulan pula digunakan untuk mendarat dan berlepas daripada permukaan Bulan.

Misi-misi Apollo dilancarkan melalui dua pelancar, iaitu Saturn 1B digunakan untuk misi pengorbitan bumi manakala Saturn V digunakan untuk ke bulan.

Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-40 bagi pendaratan Apollo 11 ke Bulan pada 21 Julai 1969.

Sempena sambutan ini, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan menganjurkan Sambutan Minggu Bulan pada 21 Julai hingga 31 Ogos ini di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua masyarakat mengenai objek bulan dari segi sejarah penemuan di kalangan ahli astronomi, fakta saintifik, Program Penerokaan Bulan (Program Apollo) dan masa depannya.

Seterusnya program tersebut merupakan platform untuk mewujudkan rasa kecintaan masyarakat terhadap objek bulan dan ini sekali gus menunjukkan kepada semua golongan masyarakat bahawa astronomi merupakan suatu bidang yang menyeronokkan dan memanfaatkan.

0 comments:

Post a Comment