Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, July 9, 2009

SAYANGI DIRI

Jus oren hakis gigi

Jus buah-buahan seperti oren, epal dan anggur juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan.


PENGAMBILAN fluorida memperlahankan kerosakan gigi.


TIDAK cukup dipanggil sarapan pagi jika ia hanya segelas jus oren, kata para penyelidik gigi.

Sesetengah jus sangat berasid sehingga boleh memberi kesan pada gigi. Malah sesetengah makanan juga boleh menyebabkan kerosakan sehingga 84 peratus enamel gigi.

Dr. Yan-Fang Ren dari Institut Eastmen untuk Kesihatan Oral, Amerika Syarikat mengatakan pekatan asid di dalam jus oren mampu menyebabkan penghakisan gigi yang teruk.

Ren dan kumpulan penyelidiknya bersetuju dengan kesimpulan itu setelah membuat kajian ke atas produk pemutihan gigi yang terdapat di kaunter-kaunter farmasi.

Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa seperti yang dijangkakan sebelum ini, kuantiti hidrogen peroksida adalah sangat minimum jika dibandingkan dengan kuantiti asid sitrik yang selalu dijumpai di dalam buah oren.

Jus oren dikatakan mengakibatkan permukaan enamel gigi menjadi kasar. Pengkaji-pengkaji buat pertama kalinya menggunakan mikroskop vertikal untuk melihat permukaan gigi tersebut secara jelas.

Kajian turut mengesahkan bahawa jus buah dan minuman karbonat boleh menyebabkan pengurangan kekuatan enamel dan pembentukan plak gigi. Doktor gigi menyarankan minum minuman tersebut dengan menggunakan straw atau hanya ketika makan.

Kesan kerosakan gigi daripada minuman tersebut juga adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan. Ren turut mengatakan kebanyakan minuman jus dan soda adalah bersifat asidik.

"Kajian kami menunjukkan bahawa jus oren contohnya, berpotensi menyebabkan kerosakan gigi yang sangat serius. Ia adalah satu masalah kronik bagi mereka yang gemar mengamalkan pengambilan jus berkarbonat setiap hari.

"Kami masih belum berjaya menemui kaedah untuk menghalang penghakisan gigi. Namun, pengambilan fluorida boleh memperlahankan proses tersebut. Ini termasuk mendapatkan minuman bertenaga."


MINUM jus dengan cepat bagi mengelakkan gigi terhakis.


Katanya lagi, lebih lama gigi diberikan minuman berasid, lebih banyak kerosakan yang akan terjadi. Bagi yang minum minuman secara perlahan lebih daripada 20 minit adalah berpotensi mendapat kerosakan gigi berbanding orang yang menghabiskan minuman mereka dengan cepat.

Malah, menurutnya adalah penting untuk mengekalkan kebersihan mulut dengan mengamalkan sikap memberus gigi sebanyak dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.

Kajian terbaru turut membuktikan bahawa minum jus buah-buahan boleh mengurangkan secara mendadak keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat kanser, masalah jantung dan darah tinggi.

Jus buah-buahan seperti oren, epal dan anggur berupaya mengurangkan keberkesanan sesetengah ubat antibiotik dan pil-pil demam.

Adalah diandaikan bahawa minuman tersebut menghalang ubat-ubatan daripada memasuki aliran darah selain menghalang sistem tindakan ubat tersebut.

Ini boleh membawa padah. Para pengkaji menasihatkan kita supaya lebih kerap minum air kosong ketika mengambil ubat.


http://www.kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment