Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Sunday, June 7, 2009

Pemerintahan Terkini Semester 4/2009 SMPSN1108

Selamat bersua kembali kepada semua pengunjung blog mek org tok. Ermm...dis time mok umumkanlah ketua ataupun peneraju utama kumpulan Sarjana Muda Perguruan Sains Sekolah Rendah (Kepujian) Ambilan Januari 2008. Sesi pemilihan tok telah dilaksanakan pada hujung semester yang lepas dan sebulat suaranya ketua telah pun dilantik. Diharapkan dengan perlantikan ini akan memberikan sejuta sinar pembaharuaan serta kemajuan kepada kumpulan ini. Kepada semua ahli diharapkan memberikan kerjasama kepada ketua baharu kita yang telah dilantik ini. Ermm...Chaiyok!!

Gandingan yang mantap; Ketua - Apai (Muhammad Syafiee Bin Zubaidi) &
Penolong Ketua -Achai (Zairul Bin Sabanah)

Dari kiri Syafiee dan Zairul

(Sedia berkhidmat... :> )

Syafiee

Seorang yang slumber dan mempunyai keterampilan yang ringkas tetapi tetap menawan. Beliau seorang yang baik dan sentiasa berusaha. Atlit muda IPTAR ini berasal dari Tuara, Sabah. Mempunyai kecerdikan yang tiada siapa dapat menyangkal, "Diam Ubi Berisi" kononya. Apai juga mempunyai potensi yang besar dalam arena sukan dan bakatnya terus terserlah dengan menyertai KAGUM kebangsaan setiap tahun. Setiap petang, beliau dan juga rakan-rakan lain akan memeriahkan gelanggang sepak takraw di asrama dan beliau juga mempunyai flying kick yang dasaat.....Bukan sahaja dalam dunia sukan, malah jejaka berkaca mata ini juga boleh beraksi di atas pentas sketsa. 'Ada bakat berlakon tuuu' Syafiee juga mempunyai aura yang tersendiri sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Kumpulan untuk sesi Semester 4/2009.

TAHNIAH!!!

Zairul

Jejaka ini lebih senang dipanggil Achai. Achai seorang yang mempunyai perwatakan yang bersahaja dan mungkin juga seorang pelawak. ERMM.. Achai juga seorang yang 'versatile' dan boleh terima apa sahaja tugasan yang diberikan kepada beliau. Memang tidak salah lagi melantik beliau untuk memikul tugas sebagai Penolong Ketua. Jejaka dari Kota Belud, Sabah ini juga handal dalam sukan Bola Keranjang dan mungkin akan menyerlahkan bakatnya dalam sukan Tennis. Siapa tahu suatu hari nanti bakal sebaris dengan Rafael Nadal. Jejaka berkulit cerah ini mempunyai daya tarikan tersendiri.

Chaiyok!! Congrats...

posted by Ied

0 comments:

Post a Comment