Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, June 23, 2009

Permulaan Semester Baharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat bertandang ke blog mek orang. Semester baharu iaitu Semester 4 baru sahaja 2 hari memulakan sesi dan besar harapan kami untuk memperbaiki segala apa sahaja kesilapan pada semester lepas (Sem 3) dan mempertingkatkan segala prestasi untuk lebih ke tahap yang terbaik. Pembukaan semester ini agak sibuk sedikit kerana kumpulan SN1108 dan juga MT1108 telah ditugaskan untuk membantu JPP bagi sesi pendaftaran KPLI baharu Ambilan Jun 2009. Walaupun pada asalnya segala perancangan ini agak 'last minute' tetapi setidak-tidaknya proses tersebut telah berjalan dengan lancar juga seperti yang telah direncangkan.
---
Pada jam 1140 tadi telah diadakan sesi taklimat untuk Bina Insan Guru 4 yang telah dijalankan di Dewan Asajaya. Bina Insan Guru 4 merupakan kesinambungan daripada BIG yang sebelum ini. BIG 4 ini lebih tertumpu kepada sesi perkhemahan dan juga Kembara Sosial iaitu berkhidmat untuk komuniti. Seperti yang telah diperkatakan oleh Encik John Brodi tadi, BIG 4 ini akan diadakan di Kem Alapong, Lundu dan sesi perkhemahan diadakan di situ juga. Manakala Kembara Sosial juga akan dilaksanakan di kawasan perkampungan berdekatan Kem Alapong. Kampung Bajo telah dicadangkan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti Khidmat Komuniti Kembara Sosial. Sungguh teruja rasanya kerana setiap kumpulan akan 'diberikan' sebuah keluarga angkat dan akan bersama-sama dengan mereka lebih kurang setengah hari bagi melaksanakan khidmat komuniti. Ini merupakan suatu benda baru yang boleh ditimba pengalamannya kelak.
---
Rentetan daripada perkara tersebut juga, sebulat suaranya PISMP Ambilan Januari 2008 memilih AJK tertinggi yang terdiri daripada;
PENGHULU - Mohd Salehuddin (SMPSN1108)
PENGHULUWATI - Dayang Aishah (SMPMT1108)
SETIAUSAHA - Naila Jassima (SMPSN1108)
BENDAHARI - Venessa Joseph (SMPMZ1108)
---
Mereka inilah yang akan menerajui serta mengepalai jawatankuasa pelakasana untuk BIG siri 4 ini kelak. Diharap rakan-rakan sekalian akan dapat memberikan kerjasama kepada mereka untuk memudahkan segala urusan pada masa yang singkat ini. Berhubung dengan tarikh BIG 4 ini, seperti yang dirancangkan HEP, tarikhnya adalah pada 6-8 Julai 2009. Pada pendapat mek orang, tarikh tersebut agak terlalu hampir dengan Pesta Drama Ketua Menteri. Hal ini kerana, kebanyakkan pelatih PISMP 1108 melibatkan diri dengan kumpulan teater/drama dan juga akan menimbulkan kecelaruan suatu masa kelak. Tarikh tersebut dirasakan kurang efektif dan jadual pada masa tersebut agak padat juga.
---
Ermm..sekian sahaja nukilan saya pada kali ini, Jika mempunyai sebarang permasalan. sila berhubung terus dengan HEP ataupu JPP.
---
sekian posted by Idrus

0 comments:

Post a Comment