Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung blog mek org. Erm..lama tak jumpa, these 2 3 days before got some problems dealed with the internet connection, arghh very slow but never mind, sekarang nie, nak kongsi bersama coret-coret kisah kami.
------------------------------
Assalamualaikum dan salam mesra
Tanda penyatu ikatan saudara
Tirai dibuka kenalan bersama
SMPSN1108 kongsi cerita
---
Semester 4 bermulanya sudah
Jalan berliku tiadanya gundah
Bukan gurauan hanya bermadah
Pahit dan manis tersebutnya kisah
---
Segak bergaya tutor tersayang
Penuh ceria insan penyayang
Beri panduan bukan kepalang
Encik Bala pensyarah gemilang
---
Bukan bakat sebarang bakat
Bakat tergilap memancarnya pekat
'Hensem' bergaya Syafiee yang hebat
Ketua Kumpulan pegang amanat
---
Kota Belud lahirnya diri
Gitar dipetik jari menari
Penolong yang mantap tugas diberi
Zairul Sabanah bawa transformasi
---
Mantan teraju semester tiga
Jejaka Labuan Izuan namanya
Ketawa yang riang itulah Rina
Penolong Izuan mantap gandingannya
---
Dari Tambirat asal lahirnya
Senyuman manis menambat jejaka
Hebat menyanyi juga belajarnya
Terus berjaya saudari Naila
---
Pakainya kemas petah tuturnya
Tetap bergaya walau apa sahaja
Empunya diri sudah berkereta
Dato's parlimen angannya
---
Limba sahabat dari Belaga
Tetapnya tabah tiada hiraunya
Arif dan bijak gaya sempoinya
Itulah Thomas 'slumber' orangnya
---
Gadis Ranau tetap menawan
Si Ela yang rajin mudahkan urusan
Athirah pula lainnya gerangan
Usaha yang gigih menyudah tugasan
---
VIVA hitam menarik hati
Udin yang ramah diri dipuji
Rakan sebelah tak kering gusi
Idrus yang riang tiada menyepi
---
Kontroversi mengalahkan artis
Tiap katanya penuhnya manis
Azif pangiran kumis yang nipis
Walau dugaan tetap ditepis
---
Penuh berbakat Franky menyanyi
Membaca novel hobi diisi
Albert pula lain disisi
Diam berbisa tiada terperi
---
Si cute Bya gerangan orangnya
Sungguh kreatif depan kamera
Anie pula tiada kiranya
Tiadanya jemu tetap membaca
---
Titiknya kisah kami disini
Cerita ditulis begitu begini
Andai tersentuh harap maafi
Sekadar hiburan kenangan bersemi
---
---
Tirai dilabuh bukannya tamat
Semoga semuanya sentiasa selamat
Pahit dan manis jadi azimat
Memori dicipta dihati tersemat.
---
Terima kasih.
-posted by Ied-
0 comments:
Post a Comment